Senang Rupanya nak Buat Bihun Sup.
Kat sini diana share resipi utk 2 org mkn =)
Resipi Bihun Sup
Bahan2 utk buat sup ayam:
1. Rempah Sup (Diana pkai yg Adabi)
2. Rempah Kurma (Diana pkai yg Adabi)
3. Serbuk Pati Ayam
4. 1 Kulit Kayu Manis
5. 2 Bunga Lawang
6. 3 Bunga Cengkih
7. 3 Ulas Bawang Merah (Bhn Menumis)
8. 3 Ulas Bawang Putih (Bhn Menumis)
9. 1inch Halia (Bhn Menumis)
10. Garam
11. 2-3 Ketul Ayam (Utk 2 org mkn)
Bahan2 utk Buat Sambal Kicap:
1. 1 ulas bawang merah
2. 1 ulas bawang putih
3. 10 tangkai cili padi (ikut pada nak pedas mana)
4. Gula
5. Limau Nipis
6. Kicap Pekat Manis
Bahan2 Hiasan:
1. Daun Sup
(Kalau sapa suka boleh letak daun bawang, taugeh, bawang grg dan sayur sawi)
Bahan2 utk Buat Bihun:
1. Bihun
Bihun ni senang jer..
Celur jer dlm air panas atau rebus jer atas api tu sampai la dia lembut.
Kemudian Toskan =)
Cara2 Buat Sup Ayam:
1. Memula Blender 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 1inch halia.
2. Panaskan Minyak dlm kuali. Kemudian tumis bhn yg kita blender td (Step no 2).
3. Bila bhn2 tumis tu dh color keperangan, masukkan 1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang dan 3 bunga cengkih.
4. Masukkan ayam yg telah dibersihkan. Gaul kasi rata atau bia ayam masak sedikit.
5. Masukkan air. (Sukatan air bergantung pd kuah kita nak byk mana)
6. Bila dah menggelegak, masukkan Rempah Sup. Diana masukkan dlm separuh peket kecil tu.
Sukatan rempah sup ni kite agak2 jer. Tgk color tu dh chantek, xyah la masukkan dah =p. Masukkan 1 sudu kecil rempah kurma.
7. Masukkan Serbuk Pati Ayam dan Garam Secukop Rasa.
8. Kemudian tutup periuk dan Perlahankan Api. Reneh sampai masak =)
Cara2 Buat Sambal Kicap:
1. Tumbuk 1 ulas bawang merah, 1 ulang bawang putih dan 10 tangkai cili padi.
2. Tambahkan kicap, limau dan gula (secukop rasa)
Hasilnya:
Tersenyum puas bila En. Suami puji Bihun Sup yg Diana buat.
HikHikHIk.. Lagi Semangat Nak cube resipi lain plak.
=)
No comments:
Post a Comment