Friday, July 3, 2015

Resepi Ayam Berempah

Meh sini aku nak share cemane nak buat Ayam Berempah Senang ni..
Ni first time aku buat dan cara dia pon mudah2 sgt.

Bahan2 Blend:

Bawang Merah - 5 biji
Bawang Putih - 2 ulas
Serai - 6 batang
Jintan Manis - 1 sudu
Jintan Putih - 1 sudu

Bahan2 lain:
Ayam - 5 ketul
Garam - secukup rasa
Rempah Kari - 1 paket kecik
Daun Kari - ikut suka




Cara2:
1. Gaulkn bahan yg blend tu dgn ayam. Tambah rempah kari, daun kari dan garam.
2. Perap selama sejam atau semlman (sempat perap 30minit jer)
3. Goreng.. Siap!!



Selamat Mencuba!!



Wednesday, June 24, 2015

Penang, Kami Datang..


Minggu last sebelum puasa aritu sempat la kitaorg pergi Penang. Kalini naik Belon jer pegi, senang. Sbb minggu tu last cuti sekolah. Takot jgk kalau jem. 
Last minute punye plan tiket pon xde la dpt murah =(
Pergi Penang ni pon sbb adik ipar ajak gi kenduri. Aku pon dah lama x gi Penang. Syiok jgk kalo pegi..

Flight hari Sabtu pagi. Disebabkan aku pregnant + ada infant so aku xleh la nak check in online. Sejam sebelum waktu berlepas sepatutnye dh kne check in kat counter. Tapi ntah cemane sampai sana counter pon dah tutup. Dah lewat dlm 5-10minit mcm tu..Aku tanya la staff AA kat situ, dia ckp kalau domestic boleh jer check in walaupon ade infant sekali. Pulak...Selama ni xboleh pulak kan.. Risau jugak la aku kot2 kene beli tiket utk next flight. Pokai lagi la duit aku. Tp sib baik la aritu staff counter tu bermurah hati, dia tlg jgk check in plus siap2 kena tulis form sbb pregnant. Klau seblom ni xsilap aku kalau ko 8bulan baru la nak kne surat or tulis form bagai. Strict dah eh skang ni?? Disebabkan Mr. Gumuxx and adik ipar xde infant or pregnant or pape yg buatkan dorg xleh nak check in kat counter, so kena la bayar additional charge. RM10 per person + GST 6%. So lepas ni beringat la, check in jer la online kalau setakat domestik2 ni. Tapi pregnant nak x nak still kena gi counter sbb nak kena isi form.

  

After dah settled terus jln laju2 gi kat gate. Kang terlepas naya aku lagi kan. HiHi.. Sik baik la on time. Ini budak siap blh baring kat bawah kusi sbb nak tunggu dorg panggil masuk..


Gi Penang dalam 50minit mcm tu jer. Sampai jer terus pegi kenduri..
Dah kenyangkan perut, balik hotel terum Boommmm!!! Tido!! Mengantok weh.. Mlm bgn baru la gi jln2. Trip ni mmg Light and Easy. Byk tdo jer.. KihKih..


Adik ipar bawak gi Makan mlm kat Jalil Special Ais Kacang & Coconut Shake..


Aku order ABC ngn Mee Goreng Sotong. Sedap giler wehhh.. 
Mee Goreng dia basah + Pedas!!!
Nora kasi 5 bintang. Next time kalo mai penang lagi, mmg aku akan dtg lagi kedai ni..

After makan, terus gi Padang Kota Lama. Saje nk lepak2 kat pulau..


Mmg ramei la org sbb weekend. Lepak2 sambil pekene 
Kerang Bakar + Pasembor + Air Kepala = Ohsemmm..

Keesokannya terus jlnkan misi utama gi Penang, nak gi Bukit Bendera!! Last time aku dtg dorg tgh reno so xleh nak naik. Kalini jgn la mengada nak reno. Saje bawak Hafiz sbb dia suka naik train.



Sebelum gi Bukit Bendera, pekene dulu Nasi Kandar Beratur
Mengidam nak mkn telur sotong tp xde =((


Makan jer la ape yg ada. Bagi aku harga kat sini ok la reasonable sbbnye kalau kat KL, amik sikit lauk jer dlm RM10. Giler.. Mkn kat sini baru RM5..


Skang dah mudah nak park kat Bukit Bendera sbb dorg dah buat elevated car park. 
Proper la sikit kan..Kalau dulu kena park kat umh org jer..


Ni harga kalau korg xde Mycard. Kalau tunjuk Mycard murah la sikit. RM10 jer adult. Student RM4. Kalau korg nak guna Fast Lane, kene tambah lagi RM10. Klau musim cuti sekolah or ramai org, berbaloi la guna Fast Lane. Time kitaorg dtg ni xde la ramei sgt org. Konpius la plak aku sbb ni kan cuti sekolah..


Lengang...



Selfie dulu sementara tunggu Train..


Beratur jgn x beratur.. 1 trip ni blh la muat 1++ org.. 


Nampak jer train, terus xsaba budak kecik ni jerit nak naik. Aiyoo.. Sabau baby..


Bile turn kitaorg terus aku pilih nak duk depan sekali. HeHe. Berbaloi la sikit kan.. Cerun gile..
Train baru ni laju!!! Dlm 7min jer nak sampai ke atas..



Igtkan atas ni ada view jer rupanya ada la jugak patung2 bergerak ni, restoren, muzium 3d..





Kat atas ni pon dah mcm Korea. Letak2 mangga bagai. Dah la mahei mangga yg depa jual. 
Sanggup btol dorg ni membeli..



Ini budak mmg takot sgt dgn bende pelik2 mcm ni. Kalo dlm perut aku tu dia blh masuk, mmg dia dah masuk.. HaHa..

Keesokannye after breakfast baru la kitaorg balik KL. Plan asal nak gi Sabtu - Ahad jer tapi mcm xberbaloi kan mai kejap jer. Isnin pagi after breakfast, terus chow gi Airport..



Sehingga bertemu lagi Penang!!

Friday, June 12, 2015

JJCM Kuantan

Cerita Istanbul x habis2 lagi, tapi aku selitkan jer la cite Kuantan ni k?
Hahaha.. Sebenarnye byk naw gamba yg nak kena pilih, aku malas. So aku selit2 jer la cite light2 ni..

Aku mmg jarangla nak balik Kuantan. Sebab normally family la yg dtg KL.
Ni aku usha2 aku tiket murah, boleh la balik alang2 dh lama tak balik. I olls mmg malas nak drive walaupon dekat sbb takot kena saman lagi. Bahahaha.. 




Normally aku mmg balik ber-2 jer la ngn Hafiz. 
So far ok lagi la handle Hafiz sesorg walaupon nak patah pinggang dukong dia.
Makin berat ini budak..

Kalini balik Ktn, mmg xrancang pon. Saje nak lepak2 umh plus mkn mcm2. 
Mak masak kan, mestilah best.. Kalo aku masak ke laut la peginyer..



Awal2 dah request kat mak suh masakkan Lontong. Alhamdulillah sedappp sungguh aihhh..
Kuah pekat, isi ada macam2.. Phewww..


Budak ni mmg kalau blh xnak duk dlm umh. Aku ni plak kalau blh xnak duduk luar umh. Kihkihkih..
Nak tdoooo jer... Bz la ni tgh tlg Tok Mi dia mesin rumput.. Tlg mengacau jer lebih..


Umah aku kat KTN tu ada bela rabbit. Asik2 la nak pegi tgk Rabbit. Tapi yg malasnya, kat sangkar rabbit tu mmg la sgt byk nyamok. Nyamok ni mmg degil, ko buat la ape pon, dia tegar jer dok situ. Habis la berbintat2 bdn. Dah la Hafiz ni kulit sensitive. Letak MOPIKO pon xjln. Siap tinggalkn bekas mcm kene chicken pox lak. Ahahaha.. Adoi la anak... Ni kes xnak asik dia usha rabbit kat sangkar, tu yg masukkn baby rabbit dlm umh.. Bukan berani pon nak sentuh...


Menu Lunch Sabtu. Semua ni aku x request tapi semuanya sedap!!! 
Berselere aku menambah...


Balik Kuantan mmg dah set nak pegi pekene ABC. Kalau korg gi Kuantan, boleh try ABC dpn Pasaraya Ten Ten jln Beserah ataupon Kat sebelah shell area Pantai Selamat kat jln menghala ke Teluk Chempedak tu. Sini mcm2 mknan sekali ada. ABC + Mee Grg Mamak = Walllaaaa.. Licin aku bedal..

Lama gila xberkelah. Budget nak gi sungai xpon air terjun tapi alang2 anak buah aku ada Hari Sukan tadika dia kat Pantai Balok, Moh la beramai2 picnic kat Pantai Balok. Dekat gile la haihh pantai balok  ngn umh aku tapi ni la kot first time aku jejak pantai balok tahun ni. Ahahaha.. Slalunye mcm tu la, bila umh dekat mmg la xjejak2...


Menu utk picnic : Sandwich Sardin + Sandwich Telo


Popia Ketam Cheese


Mee Goreng + Keropok Goreng .. 
Mak aku mmg power kalo bab2 masak mee goreng ni..


Budak ni dah xsaba nak gi main air. Dia xtahu bukan main jauh nak menapak gi main air. Mmg xkuasa la aku nk menapak.. adik aku la tlg bawak gi mandi.. KihKihKih


Syiok sgt lari2. Selipa pon xcabot. Kalo cabot, geli katanya..
Memcm ini budak..



Bila dia dah lapa baru la dia cari "MaMa".. Seblom nak masuk laut, xdenye nak igt aku ni hah. Menonong jer jln. Kasi susu, settled.. Terus masuk LaLa Land..

Kalau korg teringin nak mkn Mango Cheese Cake korg blh gi Kula Cakes kat Jalan Besar. Area Bangunan Kastam. Takpon boleh gi Restaurant Mint kat Pantai Balok. Ni restoren baru bukak. Aku pon xpenah terjah lagi. Tapi dari sumber, ramai ckp best!



Mango Cheese Cake + Pavlova mmg Nyummsss..
Next balik Ktn mungkin tunggu raya la plak kot eh..
Lambat nyer lagi Raya!!!!