Saturday, April 17, 2010

Tips Penjagaan Rambut

Rambut Diana amat la byk gugurnye.. So diana Sesaje Search cr Solution tuk Masalah Rambut ni, So ni yg diana Dpt.. Jum Kite Cube Jum

Tips:

1. Gunakan Jari Anda
- Guna Jari Pon Boleh!~ <-- ala2 iklan rejoice.. hikhik :p

Selepas bgn tido, jgn menggunakan sikat rambut utk menyikat rambut, sebaliknya gosokkan jari anda di kulit kepala dan uraikan helaian rambut untuk meleraikan rambut yang kusut dan berpintal.

Penggunaan jari jemari memberi yang efek ke pada rambut dan mengurangkan pengguguran rambut.

2. Berus Rambut Selalu

Ada yang risau menyikat rambut selalu kerana takut rambut akan gugur. Namun, memberus rambut selalu sebenarnya menyihatkan rambut.

Apa ertinya mempunyai rambut panjang yang cantik kalau malas mengurusnya.

Untuk mereka yang memiliki rambut panjang, dinasihatkan bahawa penggunaan berus rambut berbulu dengan permukaan bulat.

Mulakan memberus dari bahagian atas kepala sehingga ke bawah. Kemudian berus dari bahagian rambut yang dalam pula. Selepas memberus, gunakan jari untuk memberi kesan yang lebih semula jadi.

Elakkan memberus rambut semasa ia basah. Sebaiknya, gunakan berus bergigi besar untuk menyikat secara lembut supaya tidak merosakkan akar-akar rambut.

Ini kerana rambut yang basah mempunyai struktur rambut yang lemah maka ia akan gugur dengan mudah.

3. Keringkan rambut

Rambut panjang perlu dikeringkan terlebih dahulu. Gunakan alat pengering rambut yang sesuai bila ia perlukan <--- Tapi Diana Lagi Suke Duk Kat Bawah Kipas.. Bia Die kering dgn Sendirinye :)

Semasa ingin mengering rambut pilih pengering rambut yang boleh mengeluarkan suhu yang sejuk.

Walaupun pengering rambut jenis ini berharga mahal, namun ia baik untuk rambut panjang.


4. Pilih syampu terbaik

Pilih syampu yang menggunakan ramuan semula jadi.

Pastikan syampu yang dipilih untuk mencuci rambut mempunyai perapi yang membantu memberi pelembapan pada rambut secara menyeluruh. <--- Perapi Mmg Wajib :)

Semasa mencuci rambut dengan syampu, ratakan sedikit syampu pada seluruh kepala dan bilas dengan air.

Seterusnya, bilas dan syampu rambut untuk kali kedua. Ketika ini, urut kepala secara perlahan untuk menyihatkan akar-akar rambut.

5. Peka keadaan sekeliling

Lindungi rambut daripada pendedahan berterusan pancaran matahari, air bergaram, air berklorin, angin dan pencemaran. <--- Btol2..Pas Mandi Laut Rambut Jadi Keras

Semua ini hanya membawa kepada kerosakan dan masalah rambut kusut.

Kalau anda mahu, boleh mengenakan tudung untuk melindungi rambut panjang daripada persekitaran yang tercemar.

Penggunaan topi dan skaf turut digalakkan untuk mengekalkan kesihatan rambut.



No comments:

Post a Comment