Thursday, December 27, 2012

Jom Main Masak2


Buku ni dah lama terperap dlm almari.
Kekdg belek2 pehtu tutup.
Malas!!

Isnin haritu saja amik cuti untuk abehkan balance Annual Leave.
Tahun ni dh xleh carried forward :(
So tepaksa la abehkan

Menu pertama yg amik dari Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi ni ialah:

Bergedil Tauhu

Bahan2:
1. Ubi Kentang (Rebus tanpa kulit. Pastu Lenyek2kan dia)
2. Udang (Buang kulit, potong kecik2)
3. Tauhu (Lenyek2kan)
4. Garam sesedap rasa
5. Lada Hitam sesedap rasa
6. Cili Besar potong kecik2
7. Daun Bawang potong kecik2
8. 1 sudu makan tepung jagung
9. Telur

Cara2:

1. Campurkan kentang yg dh dilenyek tu bersama udang, tauhu, cili besar, daun bawang, 1 sudu makan tepung jagung, lada hitam sesedap rasa dan garam sesedap rasa. Gaul sampai sebati.

2. Kemudian bentukkan menjadi bulat2 dan leper. Mcm pic kat bawah ni



3. Pastikan Kuali btol2 panas. Amik bergedil yg dh siap bentukkan td then celupkan dlm telur yg dh dipukul. Pehtu goreng. Agak2 dah masak boleh Angkat.


Rupa Bergedil Kentang yg dh Siap di goreng =)
Cuba laa.. Sonang sgt ..


Resepi Ke 2: Ayam Masak Halia

Bahan2:
1. Ayam (ikut suka nak byk mana)
2. Halia dlm 2inchi (ikut suke jer diana letak byk mana)
3. 3 sudu mkn sos tiram
4. 1 sudu teh lada hitam
5. Daun bawang (Hiris)
6. Cili Merah (Hiris)
7. Tomato (Potong 4)
8. Bawang Merah (Dlm 3-4 biji)
9. Bawang putih (Dlm 3 biji)
10. 1 sudu tepung jagung (Bancuh dgn 1/2 cawan air)
11. Garam sesedap rasa

Cara2:
1. Memula tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai layu.
2. Pastu masukkan ayam. Grg ler kejap sampai ayam tu agak empuk.
3. Masukkan air sikit sampai nampak ayam tu agak masak.
4. Masukkan 3 sudu sos tiram.
5. Masukkan 1 sudu tepung jagung yg dh dibancuh dgn 1/2 cawan air.
6. Bia sampai kering sikit then masukkan lada hitam ngn garam. 
7. Bila dh masak baru la masukkan tomato, cili merah dan daun bawang.
Siap!!

Mudah kan? Selamat mencuba =)






No comments:

Post a Comment