Thursday, December 27, 2012

Jom Main Masak2


Buku ni dah lama terperap dlm almari.
Kekdg belek2 pehtu tutup.
Malas!!

Isnin haritu saja amik cuti untuk abehkan balance Annual Leave.
Tahun ni dh xleh carried forward :(
So tepaksa la abehkan

Menu pertama yg amik dari Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi ni ialah:

Bergedil Tauhu

Bahan2:
1. Ubi Kentang (Rebus tanpa kulit. Pastu Lenyek2kan dia)
2. Udang (Buang kulit, potong kecik2)
3. Tauhu (Lenyek2kan)
4. Garam sesedap rasa
5. Lada Hitam sesedap rasa
6. Cili Besar potong kecik2
7. Daun Bawang potong kecik2
8. 1 sudu makan tepung jagung
9. Telur

Cara2:

1. Campurkan kentang yg dh dilenyek tu bersama udang, tauhu, cili besar, daun bawang, 1 sudu makan tepung jagung, lada hitam sesedap rasa dan garam sesedap rasa. Gaul sampai sebati.

2. Kemudian bentukkan menjadi bulat2 dan leper. Mcm pic kat bawah ni



3. Pastikan Kuali btol2 panas. Amik bergedil yg dh siap bentukkan td then celupkan dlm telur yg dh dipukul. Pehtu goreng. Agak2 dah masak boleh Angkat.


Rupa Bergedil Kentang yg dh Siap di goreng =)
Cuba laa.. Sonang sgt ..


Resepi Ke 2: Ayam Masak Halia

Bahan2:
1. Ayam (ikut suka nak byk mana)
2. Halia dlm 2inchi (ikut suke jer diana letak byk mana)
3. 3 sudu mkn sos tiram
4. 1 sudu teh lada hitam
5. Daun bawang (Hiris)
6. Cili Merah (Hiris)
7. Tomato (Potong 4)
8. Bawang Merah (Dlm 3-4 biji)
9. Bawang putih (Dlm 3 biji)
10. 1 sudu tepung jagung (Bancuh dgn 1/2 cawan air)
11. Garam sesedap rasa

Cara2:
1. Memula tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai layu.
2. Pastu masukkan ayam. Grg ler kejap sampai ayam tu agak empuk.
3. Masukkan air sikit sampai nampak ayam tu agak masak.
4. Masukkan 3 sudu sos tiram.
5. Masukkan 1 sudu tepung jagung yg dh dibancuh dgn 1/2 cawan air.
6. Bia sampai kering sikit then masukkan lada hitam ngn garam. 
7. Bila dh masak baru la masukkan tomato, cili merah dan daun bawang.
Siap!!

Mudah kan? Selamat mencuba =)






Wednesday, December 26, 2012

Plastik Prepaid Poslaju


Bila klik Keyword kat Nuffnang Suddenly ternampak org search pasal "Plastik Poslaju"..
Kalau nak ikutkan plastik poslaju ni sape yg buat account dgn Poslaju jer yg akan dpt plastik.
Tapi ada jugak sesetgh Poslaju yg sgt baik hati nak kasi Plastik Poslaju ni.
Tapi kebykannya "xde stock"

Mayb disebabkan ramei sgt nak plastik poslaju ni, they come out with "Poslaju Prepaid Envelope"
Tapi prepaid envelope ni boleh digunakan utk pengeposan semenanjung shj

Yang Beshnye Mengenai Poslaju Prepaid Envelope ni:
1. Dalam dia dah ada bubble. So korg dhh xpayah nak gi wrap brg tu dgn bubble then masuk plak dlm plastik. Kos tu beli bubble wrap.
2. Envelope ni time beli bayar terus RM6 (500g) dan RM9 (1kg). Selalunye kite bayar kat Poslaju utk 500g pos ke semenanjung RM5.95 atau RM5.90 kan? Tapi kena kire jugak kos bubble wrap / envelope kertas biasa tu kan?? Tapi dgn Poslaju Prepaid Envelope ni dh xyah pk kos bubble wrap sume tu. Harga yg kita bayar tu termasuk Plastik yg ada bubble2 kat dlm and kos utk poslaju. So sgt Jimat!!!
3. Tak perlu dah nak beratur pjg2 kat counter. (Normally kalau guna prepaid ni diana just drop jer kat counter poslaju. Xpayah nak que pepanjang. Yerla, kan kite dah bayau seblom beli )
4. Jimat masa time nak bungkus. Masukkan je bebrg dlm plastik. Dah xpayah nak susah2 cari saletape bagai. Dan Comfirm barang selamat. Xde la kemek2.

Tapi sygnye kalau gi Poslaju selalu la sgt "Maaf dik, Habis Stock". Punye la laju seller online ni pkat duk beli Poslaju Prepaid Envelope ni..

Eh, dorg xtaja diana taw suh cite pasal plastik ni. Cume nak share jer dgn seller2 online =)



Ni la rupa prepaid plastik yg sempat diana borong.
Selalunye kalau poslaju ckp jer ada stock, harus borong terus bebyk.
Sbb kalo amik sikit rugi. Asik abis stock.



Kalau guna plastik ni mmg xsampai 1minit packing. Mudah!!

Kat Mana nak beli Plastik Prepaid Poslaju ni??
Boleh bli kat mana2 Poslaju dan Pos Malaysia.
Tapi kalau xde stock jugak, try la pegi Poslaju Brickfields.
Kekdg xde stock tapi selalunye ada jer stock dia.



Haa Bercerite pasal Poslaju Brickfields ni kan, diana nak inform yg Poslaju Brickfields ni Beroperasi dari hari Isnin sampai Hari Ahad. Nape xpercaya? KihKihkih..
Kalau diana malas nak gi pos hari Sabtu, Hari Ahad terjah jer Poslaju Brickfields. Settle Masalah!!
Tapi Minggu pertama dorg cuti la jugak =)
Pos Ahad, Isnin Customer dah dpt brg. Barula dorg senyum lebar =)

Tu jer nak share pasal Plastik Poslaju..
Bye Bye


Tuesday, December 25, 2012

Bye Bye Singapore

Baru perasan yg xde entry penutup utk jln2 kat Singapore.


Untuk JetStar kene pergi terminal  1 Changi Airport. Sememangnya Changi Airport ni besar.
Tapi xsempat nak explore. Niat asal nak gi usha Victoria Secret counter kat airport tp masa suntuk btol..Sesampai airport jer terus check in kat counter..


Check in awal so sempat la memperabihkan balance2 SGD yg hadoo..

Hasil Rembatan Kat Changi Airport:


Gucci Flora Gardenia 50ml. Harga = 89.50SGD
Still murah rm30-rm40 bila convert ke duit kita.
So terus capai..

Then beli DKNY Fresh Delicous Duo. 1 color pink , 1 lagi yg hijau be delicious tu. 
Harga utk dedua 30ml ni = 73SGD. Berbaloi kan? Bila convert dlm RM90 jer sebotol.
Harus laju2 amik..

Kebetulan mmg kat umh perfume dh habis. Dah blh balik dgn Senyuman =)
Ada 1 lg wishlist perfume yg rugiiiiii sesgt x beli. "Lady GaGa Fame".. Bau fruity. Suke sgt!!
Mmg menyesal btol..

Sampai jer KLIA terus gi usha perfume duty free kat situ. Dan sememangnye tepat pilihan beli kat Changi Airport. Semestinye jauh lebih murah. Yg penting korg jgn tersalah pegi outlet plak. Diana beli kat outlet yg selepas kite check in tu. Kalau outlet lua2 tu mmg harga beza ngn outlet selepas kite check in tu =)
Outlet2 kat duty free tu mmg harga beza2. Pandai2 la survey =) And dorg dah packing dlm seal bag siap2. So xde ragu2 dah. Comfirm lepas bawak naik liquid dlm flight. Kalo x, bye bye la. Mmg kena buang jer dlm tong smpah.

For info: Liquid yg dibenarkan utk hand luggage tak melebihi 100ml.
Kalau rasa2 bawak lebih 100ml, sila seal.


Hasil belian selama 3 Hari 2 Malam kat Singapore.
Kalo stay lama lg mcm lg syiok =p

Monday, December 3, 2012

Singapore Tourist Pass


Tips bagi mereka2 yg nak berkunjung ke Singapore.
Kalau stay 2-3 hari kat Singapore ni and nak ronda2 guna MRT diana suggest beli Singapore Tourist Pass. Sgt bagus pass ni. Boleh naik MRT/Bus sepuas2nye. hihi.. UNLIMITED!!
Pass ni boleh pilih nk yg berapa hari. Max 3 hari. Diana beli yg 3 hari. So 30SGD (utk 3 hari). 10SGD deposit. So harga sebenar hanya 20SGD. Naik la MRT tu sampai lebam =)

Singapore Tourist Pass ni boleh beli kat mana2 station MRT yg ada "TICKET OFFICE".

Friday, November 30, 2012

Marina Bay Sands


Singapore glamor dgn bangunan bentuk kapal tu, Marina Bay Sands. Kat situ ada Shopping Mall + Casino + Hotel.
Shop dia haruslah yg kelas2. Menang kat Casino bru la boleh masuk retail shop dia. HaHa :p


Dari Chinatown pergi Marina Bay Sands naik MRT. Cari interchange utk Circle Line then Pilih station Bayfront. Jgn amik station Marina Bay, kalo x mmg xterus sampai la ker Marina Bay Sands ni =)


Welcome to The Shoppes at Marina Bay Sands..


Cantik sgt ok. Siap ada gondola bagai. Air color biru.
Kalo kat Mines, air color hijoo. :p





Terpegun.. Cantik..




Ni pic tadahan waterfall td tu kat lua shopping mall..


Amik Gamba kat Pintu jer :p

After snap ni terus masuk Casino. Wakaka..
Dgn bertudung nyer mmg saje masuk casino. hahaha.
Bukan nak berjudi pon saje jer nk usha2 ape kat dlm.
Tunjuk passport then masuk jer. Pas usha2 dorg main Poker bagai, terus kua. 
Besar Gile kot. Experience masuk casino. HiHi.
Kalau kat genting sah xleyh masok :p


Keluar jer Casino, pi ngeteh dulu..


Me and My Officemate..

Pas minum2, bos ajak pergi Skypark.
Waaaaa.. mmg nak sgt naik!!
Skypark tu kat bentuk kapal tu haa..
Nak2!!! Tapi time ni sebenarnye asik tgk jam sbb flight pukul 6 hari yg sama.
HoHo..

Nak Pegi Skypark kena lalu kat Lobby Hotel.
Cantik! Design dia sgt Cantik! Deco dia lagi laaa..



Muka Excited nak Naik Lift. HaHa :p
Kalau x silap nak naik ke Skypark ni kena bayar 20SGD.
Mmg xtahu langsung pon Fee Entrance dia berapa sbb Bos yg Bayarkan.
TQ Boss..


Tu dia tingkat 57. Weeeee..
Excited!!!


Sampai jer kat atas kene minum kat Bar dia dulu.
Pehtu baru boleh g Skypark. haaa.. Tapi xde la kitaorg yg minum. So Boss la yg minum2.
HeHe. Kitaorg Snap2 pic jerp..


Yg mandi manda tu utk yg check in Hotel jer. 
Kalau xcheck in, xleh la nak mandi manda.


Chantek sungguh view dr atas.
Kalo mlm mesti lg terbaek kan? =)


Lepas dah puas Snap pic Kat Bar tu, Kite pi Skypark plak..


TQ Gumuxx sbb kasi pinjam Sunglasses. Kalo idak, mmg xnampak mata la. 
Matahari atas kepala :p
Disebabkan diana pon pkai cemin mata so mmg cari Sunglasses yg sesuai dipakai sekali dgn cermin mata.
Eh paham x? Maksudnye time diana sarung sunglasses ni actually dlm tu diana pkai cermin mata jugak.
hahaha. Tamak kan? Mmg malas nk buat cermin mata yg ada power tu. Mmg xkan pkai pon.







Walaupon panas2 tgk semua hepy posing2 snap2 pic.
TQ photographer Marina bay Sands sbb sudi offer nak snapkan pic kitaorg =)

Wednesday, November 28, 2012

Shiraz Authentic Persian Cuisine, Clarke Quay





Morning!!
Harini sambung lagi entry Singapore yg xhabis2 tu :p
Balik dari USS terus siap2 nak pergi mkn dgn staff kat branch Singapore.
Weehuuu. Seronok bab makan2 tapi sgt penat sbb penat berjimba kat USS tu.

Boss bawak gi mkn kat Shiraz. Shiraz ni kat area Clark Quay.
Dari Chinatown naik jer MRT pergi Clark Quay.


Me + My Officemate..
Sebelom mkn snap2 dulu..



Design kat dlm kedai.. Mmg mcm timur tgh.
Dan siap ada hiburan joget2 bagai..


Boleh Pengsan tgk harga kat menu. HiHI.
Tapi xtahu nak pilih apa. 
Last2 Boss pilihkan Shiraz Special Platter (165SGD)
and Persepolis Platter Combo (185SGD)..
Yg nilai besar2 jer diana igt yg dia order. Tapi ada jugak side2 yg dia order. Phewww.
Ntah brape la dorg habiskan mlm tu..



Ni roti ape ntah nama dia. hahaha.. 
Roti nan kot..


Ni mcm cheese. Rasanya cheese la kot.
Rasa tawar2 jer. (utk mkn ngn roti)


Ni plak rasa kelapa. Tapi mmg xtahu la nama dia ape.
wakakaka (utk mkn ngn roti)

Yg ni tomato.. (mkn ngn roti)


Yg ni plak dlm dia ada tomato, timun  ngn buah zaitun..
Utk mkn ngn roti tu aku suke yg ni jer la..
Sbb ada masam2 buah zaitun tu..
yg atas tu xberape nk berkenan..



Yg ni ape platter ntah. HaHa.
Ada Bayam, Meatball, terung ngn ape ntah 1 lg. Lupe..
Yg besh, meatball jer kot :p



Nasi tu rasa mcm beras basmathi tu jer. Yg keras seblah tu xtahu la ape. 


Yg ni Stew daging. Rasa dia boleh la. Wahahaha :p


Persepolis Platter Combo. Dlm ni ada ayam dan kambing.
JUICY. SEDAP!!


Yg ni Shiraz Special Platter Combo. Sgt OHSEM!
JUICY sgt. SEDAP!!! 
Ada Daging Lembu, Daging Kambing, Ayam, Ikan dan UDang.



Yg ni plak ayam sahaja.. Additional takot xcukup mkn. hahahaha


Masa utk Dessert!!
Puding Caramel. Rasa sedap.


Ni eskim ape ntah nama dia.
Vanilla + kacang ape ntah + Buah Delima + Saffron 
(Single Scoop)


Eskim yg sama bezanya Double Scoop


Ni Eskim yg sama + noodles ape ntah.


Lastly sebelum balik, gambar kenang2an dulu :p



Riverside Point. First time nampak org lepak2.
Kalo x, mmg ssh jer nak nampak.



Bagi yg nak makan Kat Shiraz, Boleh amik address ni:


Shiraz Authentic Persian Cuisine
Block 3A Clarke Quay
#01-06 River Valley Road
Singapore 179020