Wednesday, September 2, 2015

Scan 4D || Klinik Perdana Gombak

Salam!!

Dah lama x updated. Trip Istanbul pon tergantung mcm tu jer kan? HaHa

Biasela bila ada mood nnti Kita continue balik ok?? =p

Dulu masa Hafiz, dari awal pregnant sampai la ke akhir mmg aku asik scan 4D jer sbb mmg kbetulan hospital tu guna yg 4D. Tapi utk adik Hafiz kalini aku saje jer la nk try gi checkup kat Klinik dulu then dah dekat nak bersalin baru gi Hospital. Tapi aku tgk same jer kot RM yg kena keluarkan tu. Melainkan kalau gi KK (Klinik Kesihatan) baru la btol2 murah..

Plan nyer nak bersalin kat Az-Zahrah plak sbb aku kan dah pindah Kajang. So dekat la sikit dari nak gi ke Columbia Puchong tu. Plus kwn yg pernah bersalin kat situ ckp doc2 kat sana best. Lembut mcm mak2. Nak bersalin pon tenang jer. Yg lagi best sbb ada pakej bersalin. RM1688 tak termasuk GST and x termasuk kos tambahan kalau ko vacum ker, nak tambah epidural ker. Tu ada la charge lain. Pas survey still murah la dari Hafiz dulu starting dah 3K. Ni dah GST bagai aku rasa mesti lagi mahai. 



Pakej Bersalin Ummi RM1688**


Setiap pakej yang ditawarkan termasuk:

- Ujian Nurseri, Kumpulan Darah, G6PD Ujian, TSH dan suntikan wajib (VIT K, BCG dan HEP B1) 
- Pemeriksaan CTG (2 kali 10 minit setiap sesi) CTG check-up (2 times 10 minutes per session) 
- Pemeriksaan bayi oleh Pakar 
- Peralatan perubatan dan keperluan asas kehamilan 
- Bilik 2 katil 

Terma dan Syarat:

- Kaedah kelahiran normal 
- Bayaran boleh dibuat dengan menggunakan: 
- Bayar Tunai 
- Kad Kredit 
- Skim ansuran Antenatal sebelum kelahiran 
- Pemeriksaan Antenatal sekurang-kurangnya 2 kali dengan Ginekologi dan Obstetrik pakar 
- Bayaran pendahuluan sebanyak RM300 untuk setiap tempahan 
- Caj tambahan mungkin dikenakan jika peralatan tambahan atau ubat diperlukan, atau proses kelahiran yang memerlukan prosedur khas seperti Vacuum, Forcep atau Epidural 
- Berikut adalah caj tambahan jika: 
- IOI (INDUCTION OF LABOUR) : RM400 
- VACCUMM: 
1) NORMAL VACCUMM : RM400 
2) KIWI VACCUMM : RM500 
- EPIDURAL : RM800 
- FORCEP : RM400

Kelebihan:

- Sauna 
- PERCUMA 1 SESI sauna 
- Spa: 
- 50% Diskaun 50% untuk 2 jam Pakej Spa




Aku pilih Doc Noraini. Mmg btol la orgnye lemah lembut mcm mak2. 
Harapnye bersalin nnti dia la yg sambut =) Gi scan kat Az Zahrah pon sama yg biasa2 hitam putih gitu. Aku xde la plak tanye ada 4D ker xde. Smlm gatal la pi tanya Klinik Perdana kat Gombak ni. Alang2 teman org scan perut, aku pon tanye la kot2 la blh scan 4D. Sbb byk yg aku baca dorg recommend sebelum 32W. Aku dah 37W mcm tu.. Tapi dorg ckp try la. Insyaallah still boleh tgk kalau kandungan air ketuban ko byk lagi..



Bawah tu Pic adik Hafiz. Atas tu Hafiz btol2 pas delivered. Pose yg sama. HaHa..
Mmg suke menongkat dagu dedua bradik ni.. 

Harga scan 4D tak termasuk CD RM100. In case kalau nak CD, tambah la lagi RM50..




1 comment:

  1. Bukan selalu kita merasa pengalaman ni kan.. ;)

    ReplyDelete