Friday, September 21, 2012

Resipi Ayam Percik






Morning!!
Semlm diana cuba buat ayam percik. Skang ni dah mula dtg semula mood rajin nak try resipi2 lain. :p

Meh diana share cemane nak buat Ayam Percik ni..

Bahan2 utk Blender:
2 Bawang Merah Besar
4 ulas Bawang Putih
2 Btg Serai
2inch Kunyit Hidup (Kalau xde pkai serbuk jer pon blh)
Halia (Agak2 jer)
1 sudu kecil Ketumbar

Bahan2 Lain:
2 Ketul Ayam (Diana Guna Peha, mkn utk 2 org)
Santan kotak 200ml
Garam & Gula
3-4 Sudu besar Cili giling
1 asam keping

Cara nak buat ayam percik ni mudah sesgt rupanya.

1. Blend kan bahan2 yg sepatutnya di blend tu



2.  Masukkan Ayam, Bahan2 blend tadi, Cili Giling dan Juga Santan. Lepas dah masukkn semua ni baru la bukak api taw =) Jgn bukak api besar2, sederhana jer. 


 

3. Bila dah mendidih, masukkan garam & gula dan Asam keping. Biar sampai ayam separuh masak or masak terus pon xpe.. Bila kuah dah nampak pekat, baru keluarkan ayam.



4. Masa utk memanggang ayam. Bakar pada suhu 180C dlm masa 30minit.
Time nak bakar tu, letak la sikit kuah kat atas ayam tu bia lagi cun dia kene bakar. 



5. Tadaaa!! Dah siap dibakar. Nyummehhh!!
Kuah yg lebih dlm kuali tu boleh tuang kat atas2 ayam time nak mkn.

Selamat Mencuba!!






4 comments:

  1. blog ni la nnti den sokmo jengukkk

    ReplyDelete
  2. hahaha.. sure nnti kamu lagi byk letak resipi :p

    ReplyDelete
  3. Cik chinta.. Kalo xde oven blh guna non stick pan tu jer :)

    ReplyDelete