Sunday, September 30, 2012

JJCM >> My Takoyaki



Sapa pernah try beli Takoyaki kat Uptown??
Haritu pernah tgk dlm Jalan2 Cari Makan pasal Takoyaki yg jual kat Uptown . Nampak mcm menyelerekan.
Seblum ni kalau nk mkn diana selalu beli kat Jusco ataupon Sushi King.
Kebetulan haritu pergi Uptown Mines, then Terjumpa stall My Takoyaki ni. 
Terus rasa nak try. 

Pilihan dia sama mcm yg jual kat jusco tu. Harga dia jer yg beza. Kat sini 4biji = RM4
Lagi Murah dah Jusco. Tapi kena rasa dulu baru tahu berbaloi ker tidak :p



Sampai jer umh, terus ngap. Rasa dia mmg sebijik!!!!
Mmg xrugi beli. Next time nak beli lagi. 
Kalau xsilap Uptown Danau Kota pon ada kot. Mayb jenis stall lain.
Next time kalo gi Uptown lain, boleh la cari..


Friday, September 28, 2012

Meatball Marinara


Gambar utk tatapan dikala perut tgh berkeroncong

Meatball Marinara Subway

Tuesday, September 25, 2012

Minum Petang



Seronoknye bile dpt lepak tepi jalan sambil makan rojak + ABC ker Cendol Pulut ker..
aaaaaaa  

Olde Malaya, Bandar Baru Bangi








Sekarang dah rasa mcm nak start balik buat Jalan-Jalan Cari Makan =)
Macam dh lama xcari kedai2 baru.. So minggu ni nak review kedai yg baru diana singgah.

Olde Malaya

Waktu Perniagaan: 11.00 pagi - 11.00 malam

No. 40, Jalan 8/35, Taman Seri Bangi, Bandar Baru Bangi. 
www.oldemalaya.com.my



Siap dgn website lagi diana letak. Wakakaka :p

Apa yg membuatkan diana beria sgt nak terjah Olde Malaya ni??
Jeng Jeng Jeng..
Keistimewaan kat sini ialah "UDANG GALAH!!"
Ok dgr nama tu pon dah telan air liur.
Katanya udang galah ni dibawak khas dari Rompin Pahang. (Kampung ku!!!)
Diana mmg pernah mkn udang galah kat rompin tu, mmg terbaek la. FRESH!! MANIS!!

Selain Udang Galah, Kat sini ada jugak Ayam Kampung dan Patin Buah.
Patin tu pon peberet jugak. Tapi sbb dah selalu makan so kite try melantak udang galah kat sini.

Kat sini dia ada buat combo meal. Disebabkan nak mkn udang galah, so diana amik seat utk 2 org mkn yg ada udang galah. Udang galah tu pon boleh pilih samaada nak Gred A (Besar gedabak tapi cuma dpt 2 ekor shj) ataupon Gred B (Kecik dan Sedang2)..
Of Course Pilih Gred B. Sbb puas sikit makan. And normally kalau kecik or sedang2 ni isi dia sedap!!



Set yg Diana pilih tu ada :
2 Fresh Orange
Kailan Ikan Masin
Telur Dadar 
Sambal Belacan
2 Nasi Putih
Udang Galah 

Harga utk Set tu ialah RM79

Disebabkan Mr. Gumuxx nak rasa Ayam Kampung, so kite add on la Ayam Kampung jugak =)



Amacam Udang Galah?? Terliur kan?? HiHi
Dimasak dgn secret recipe katanya. So mmg xtaw la ape recipe dia kan. Nama pon Rahsia!!
HoHo



Memang Penuh 1 Meja. Mantap!! Mr. Gumuxx mmg dah tahu tabiat diana. Sebelum mkn, Snap2 pic dulu. Kalau xsnap pic tu, mmg luar biase la tu.. HiHi



Muka berseri2 sbb hajat nak mkn udang galah tercapai. Yummehhh..
Puas Makan..



Terngiang2 lagi rasa udang galah ni. Mmg fresh.




1 pinggan ni ade la 6-9 ekor kot. Terlupe nak kire. HiHi :p

Berbaloi dgn Harga. Masakan pon sedap. Kitaorg siap bertambah2 lagi nasi.
Mmg recommend la sgt pada yg nak cuba udang galah kat area selangor ni =)






Willy Satay, Ramal Junction



Satay yg tersedap dikala ini..
Willy Satay!!!
Nyummmm

Diana pergi kat Ramal Junction. Kalau nak pergi ke arah Kajang tu ada Sg. Ramal. Betul2 tepi jln jer..



Sgt sedap satay ni. For me mmg kalah la Sate Kjg dan lain2..
Ni promote free jer, mmg xde bayaran pon. KehKehKeh.
Paling suka satay daging. Sbb isi dia mmg xliat and juicyyyyy...
Yg penting satay ayam dan daging dia mmg gedabak2..


Masakan Ekpress



Hari Sabtu kalau x keluar pergi memana mmg duk umah jer la diana ni.
Mr Gumuxx keje ari Sabtu so nasib2 la kalo ada org ajak keluar mmg laju je la kaki ni melangkah.
Tapi kalau xde org ajak keluar, mmg duk umh jer la jawapnyer..

Rutin Harian kalau xde org ajak keluar, kemas2 1 umah, doing laundry yg berbakul2 tuh haa.. Almaklumlah mmg xrajin nak membasuh hari2. KehKehKeh :p

Bila dah settled sume baru la terigt yg xmkn lagi. Nak keluar tapau mmg malas laa..
Belek2 peti ais ada ketam dan sotong.

Maka terhasil la:



Ketam Masak Cili



Sotong Tepung

Mudah dan Ringkas. Sorg mkn mmg xpening kepala :p

Breakfast Ohsemmm



Bila dpt breakfast mkn Laksa penang mmg la tersgt Ohsemmmm..
Now setiap sabtu or ahad mesti breakfast kat kedai area Puncak Jalil ni.
Sebab kat situ pepagi Kuih Yg wajib ada mesti Kuih Lopes (PEBERET!)
and mknan wajib ada LONTONG!! (SGT SUKA!)..
Laksa Penang ni kat kedai tu kekadang ada awal and kekadang dh dekat tgh hari baru ada..
  

Monday, September 24, 2012

Resipi Chocolate Chip Muffin








Penangan Mixer baru, terus rajin wat Muffin.
Cayalah!! Haahaha :p



Bahan2 yg diperluakn utk buat Chocolate Chip Muffin ni:

500g Premix Chocolate Chip Muffin 
(Beli jer kat mana2 bakery. Sonang. xpayah nak sukat2 tepung bagai. ni dah siap2 punya)
3biji telur
140gm minyak jagung
105gm air
Coklat Masakan

Simple kan bahan2 dia? Mmg la simple sbb diana guna premix. Kihkihkih



Step 1:
Masukkan 500g premix + 3 biji telur + 105gm air




Step 2:
Bila adunan tadi dh sebati, masukkan plak 140gm minyak jagung.
Time ni la nak poyo gune mixer baru. wahahaha



Tada!! Siap!! Dah Comel dah adunan tu..



Masukkan jer dlm Cup acuan ni ha. Letak sikit2 jer, jgn nak penuhkan pulak cup tu sbb nanti dia kembang..



Yg dah siap dibakar. Makan panas2 sedap sbb chocolate chip tu tgh cair.
Kalau lagi rajin, letak la coklat masakan tu sebagai hiasan. 
Memula igt nk letak pastu perasaan malas tu dh dtg. so xhias pon.
Hahahaha :p


Pencarian Mixer Berakhir


Jumaat haritu time lunch hour, rajinkan diri pergi jln2 kat IOI Mall.
Pusing2 la dlm Jusco. Usha2 tempat Mixer kot2 la ada Mixer yg berkenan di hati.
Lagi byk pilihan daripada Tesco Klang Lama.
Tgk Harga Stand Mixer Cornell ni RM95.

Terus Sambar!! Tgk yg xde stand tu lagi murah tapi sekali sekala nak la poyo pkai yg ada stand. :p Tercapai jugak hajat nak ada Mixer. Xde la tgn ada muscle2 pasni sbb duk adun bahan2 pakai Manual tgn. Beli jer mixer dulu, buat kek nyer ntah bile.

Warung Pak Ali, Puncak Jalil



Suka sgt mkn kat Warung Pak Ali, Puncak Jalil.
So far mknan dia semuanya sedap2.
Harga pon boleh dikatakan murah.
Kalau lepak kedai ni mesti Order Siakap STim Limau atau Siakap Stim Halia..
Sedapppp Sgt..



Sgt menyelerekan. Kuah sume cukup rasa.



Kailan Ikan Masin..

Kalau hari2 yg malas masak, mmg terjah warung pak ali jer.
Diana dah beli pengukus konon2 la nak try buat Siakap Stim. Tapi sampai skang pengukus tu elok jer duk dlm kotak lagi. KihKihKih.. Ntah bile la nak test masak :p

Friday, September 21, 2012

Resipi Ayam Percik






Morning!!
Semlm diana cuba buat ayam percik. Skang ni dah mula dtg semula mood rajin nak try resipi2 lain. :p

Meh diana share cemane nak buat Ayam Percik ni..

Bahan2 utk Blender:
2 Bawang Merah Besar
4 ulas Bawang Putih
2 Btg Serai
2inch Kunyit Hidup (Kalau xde pkai serbuk jer pon blh)
Halia (Agak2 jer)
1 sudu kecil Ketumbar

Bahan2 Lain:
2 Ketul Ayam (Diana Guna Peha, mkn utk 2 org)
Santan kotak 200ml
Garam & Gula
3-4 Sudu besar Cili giling
1 asam keping

Cara nak buat ayam percik ni mudah sesgt rupanya.

1. Blend kan bahan2 yg sepatutnya di blend tu



2.  Masukkan Ayam, Bahan2 blend tadi, Cili Giling dan Juga Santan. Lepas dah masukkn semua ni baru la bukak api taw =) Jgn bukak api besar2, sederhana jer. 


 

3. Bila dah mendidih, masukkan garam & gula dan Asam keping. Biar sampai ayam separuh masak or masak terus pon xpe.. Bila kuah dah nampak pekat, baru keluarkan ayam.



4. Masa utk memanggang ayam. Bakar pada suhu 180C dlm masa 30minit.
Time nak bakar tu, letak la sikit kuah kat atas ayam tu bia lagi cun dia kene bakar. 



5. Tadaaa!! Dah siap dibakar. Nyummehhh!!
Kuah yg lebih dlm kuali tu boleh tuang kat atas2 ayam time nak mkn.

Selamat Mencuba!!






Friday, September 14, 2012

Red Velvet Cupcake





Bila rajin dah dtg maka terhasil la red velvet cupcakes..
Nebes btol nak wat, ni first time wat cupcakes. HoHo
Comel kan color red velvet ni, merah menyala. Macam color darah pon ado..
Pas dh siap masukkan bahan2 dia, Terus masukkan dlm acuan.
Kat umh xde Mixer so pakai manual jer lor. Abeh naik la muscle ni =p
Mr. Gumuxx, sile hadiahkan Mixer (Sy tahu anda tgh baca ni =p)



Cup dan loyang ni diana beli kat Yummie Bakery Bandar Baru Bangi.
Kat situ memcm ado. Weekend ni kalau rajen nk g sana lagi.
Kot2 la berkenan nak buat cupcake lain plak =p



Bakar pada suhu 180C dlm masa 25minit.
Inila Hasilnya. Kembang Molek..
Tapi mcm gelap kan kat atas dia tu?


Rupa bukan sekadar rasa. Ceewahh.. Dlm dia molek jer Merah.
Alhamdulillah Menjadi. Siap2 masukkn dlm Tupperware.
Esok pagi terus Mr. Gumuxx bawak gi Office dia. Hamboihhh...


Restoren Beryani Gam Johor







Asalnya nak pergi try makan kat kedai steamboat. Alih2 tutup la plak =(
Pusing punya pusing singgah la kedai Beryani Gam Johor Seri Kembangan. Tapi bukan la nak mkn Nasi Beryani, niat asal nak try pekene Burger Bakar kat sini =)



Rawang Burger Bakar. Daging dia masak sempurna..
Berbaloi tunggu lama sikit =)



Kueh Teow Tomyam. Sehingga menjilat mangkuk.
Sedap ler pulak..



Kerang Rebus..



Sate ayam yg sedap. Diana suke bebenor kalau sate tu campur sekali ngn kulit. Kehkehkeh.
Ada org xsuke kan? Tapi diana suke.




Monday, September 10, 2012

Kueh Teow TomYam



Smlm malas btol nak masak. Alang2 Gumuxx pergi mancing, pesan skali suh tapaukan utk mkn mlm. Mcm dah lama xmkn Kueh Teow Tomyam
Dapat jer smlm phewwww. Menyengat babe. Sedap!!!! 

#Besh plak main edit2 pic ni. HoHo. Mood tgh ada mcm ni laa. Nanti kalo mood xde, jgn harap la nak edit2 :p

Rindu Mali's Corner





Dah lama xpegi terjah Mali's Corner. Kalau dulu selalu duk lepak kat Cawangan bunga raya tu ha. Skang dgr cite situ dah tutup eh? Tapi situ agak kotor sket kan?
Kat Setapak seblah Festival City Mall ada 1 lagi cawangan dia. Nak kata baru xde la baru. 
Tapi yg ni bersih la dari dulu. Coz dlm kedai kan.



Menu utama yg wajib order haruslah Char Kueh Teow Special.
Nyum!! Rasa sama mcm dulu. Mabeles!!
Harga utk yg special RM7




Menu sampingan Nasi Lemak Ayam.
Harga RM5.50. Kalau gi sini harus order dedua ni utk seorg mkn.
Wakaka.. Tamak btol Nafsu mkn :p

Yang xpernah try mkn kat sini, Harus try pergi..
SEDAP!!!






Friday, September 7, 2012

JPO aku datang




Wohooo.. Lamanya x hupdate blog..
Kalau dulu bulan puasa leh la updated menu2 berbuka kan.
Skng dah xtahu nak updated apa..

Cite JPO ni pon dah basi kot eh. KehKehKeh..
Diana pergi JPO time raya haritu. Alang2 dah raya kat johor, terus la pegi beraya kat JPO. senang sgt nak cari JPO nyer. Comfirm xsesat..



Niat asalnya nak pusing2 jer. Tapi tetibe terpk "Rugi la plak dtg kalo xsambar pape yg patot"
kihKihkih. Selalu sgt la bisikan tu dtg kan..

Akhirnya sambar la Jam Tangan. 
Padahal mmg susah bebenor nak pkai Jam Tangan.



Omei x? Merah itu Mengancam!!

Bila dah balik tu tetibe terasa "Nape la td xsambar sekali purse"
Erk.. Bila bisikan ni dah dtg nampaknya next time kene gi lagi la JPO =p