Sunday, January 15, 2012

Kota Kinabalu, Sabah Trip >> Tunes Hotel 1 Borneo


 

Sampai jer airport terminal 2 kota kinabalu terus amik taxi terminal. Harga taxi  ke 1 Borneo utk 5org = RM70.
Kat KK diana tido Kat Tunes Hotel 1 Borneo. Diana holiday kat sabah 5hari4mlm tu yg stay kat tunes hotel sbb kalo booked awal sgt la murah. Diana dpt rm12 jer /nite. Sbbtu diana stay sini =)
Kalau duduk tunes hotel, Aircond, towel, tv, wifi semua kene charge lain kalau kita nak.
Diana add on aircond + towel but still murah. Total utk 4mlm = rm154.99 skali insurance =)



Harga murah tapi bilik dia sgt2 selese. Katil dia empuk..KihKihKih :p
Yg Beshnye tunes hotel ni dia bersambung sekali dgn shopping complex 1 borneo. Kalo boring jer, menapak jer gi sebelah. Mcm2 ado.
Dari 1 Borneo ke KK dlm 15-20min jer. Kalau xdpt bilik murah mcm ni, mmg diana stay kat bandar KK, tapi sebabkan bilik sgt murah so tunes hotel menjd pilihan =)

 



Kat Lobby ade disediakan kerusi massage.
Mmg wajib seblum kua berjln + balik berjln massage dulu. KihKihKih



Mmg dah menjadi trademark tunes hotel kot mesti ade kedai serbaneka kat lobby :)
Dulu kat Bali pon mmg ada tapi bkn la nama dia 7E. Ape ntah nama dia, lupe dah :p



Diana dpt bilik yg xde tingkap. Bilik yg xmenghadap jln.
Tips kalo nak stay kat 1 Borneo sila la cr bilik yg xmenghadap jln. Sbbnye xkan panas.
Yg menghadap jln tu bahang taw.

 

Bilik dia selesa la kalau utk 2 org + kitaorg mmg berjln dr pagi sampai ke mlm.
Jarang sgt lepak bilik. Tunes ni pkai meter taw. contoh kalau korg beli aircond utk 12Jam, meter dia berjln la bile on. So pandai2 la berjimat. Diana stay 4mlm ni pon xhabis2 12 Jam tu sbbnye bilik diana xde tingkap so mmg sejuk. Plus mmg ade kipas dlm bilik ni =)


Pic ni diana curik dr google. Ni la contoh bilik bile kite masuk. Actually muat2 tp disebabkan cermin gedabak tu nampak bilik sgt luas. Boleh la letak cermin byk2 nnti kat umh. Ilham dtg nak men deco2 =)



Ni pon pic ehsan dr google. saje je nk tunjuk kat korg.
Toilet dia sgt selese. Bkn mcm toilet hotel murah =)


No comments:

Post a Comment