Wednesday, April 7, 2010

Kisah Benar: Dihalang dari Memakai Tudung.. Kejam


Kisah yang benar-benar menyedihkan dan mungkin benar kata orang, sememangnya dunia ini sudah hampir sampai kepenghujungnya. Begini kisahnya, ada seorang anak teman saya yang terpanggil untuk memakai tudung. Kerana hatinya sudah mantap dan tetap maka dia pun pergilah ke kedai pakaian untuk membeli tudung. Setelah membeli beberapa pakaian lengkap bersama tudung dengan berbagai fesyen terkini (maklumlah anak teman saya ini agak stylish sedikit), dia pun pulang kerumah dengan hati yang gembira. Sesampainya dirumah, dengan bangga dia menggenakan tudung yang dibelinya tadi. Ketika dia keluar dari biliknya, ibu dan bapanya terus menjerit. Mereka benar-benar marah dan meminta agar anaknya segera menanggalkan tudung yang dipakainya. Anak mana yang tidak terguris hatinya bila kedua orang tuanya sendiri yang menentang beliau memakai tudung. Si anak ini nekad dan cuba berpegang teguh dengan keputusanny, akan tetapi ibu dan ayahnya mengancam akan memutuskan perhubungan kekeluargaan sekiranya anaknya berkeras juga ingin memakainya. Dia tidak akan diakui sebagai anak untuk selamanya sekiranya ia tetap dengan keputusannya untuk memakai tudung. Bayangkan sekiranya kita berada di tempat anak ini, disaat itu dia merasakan dirinya anak yang paling malang dimuka bumi ini. Tidak berputus asa, dia meminta guru sekolah tempat dia belajar untuk berbicara dengan kedua orang tuanya agar ia diperbolehkan memakai tudung. Dengan alasan tidak mahu mencampuri urusan keluarga sianak ini, guru itu menolak pemintaannya. Dia mencuba lagi berbicara dengan ustaznya tempat dimana dia berguru, untuk memujuk kedua orang tuanya agar diizinkan memakai tudung. Hasilnya? Ustaznya pun menolak untuk bertemu kedua ibubapanya dengan alasan yang sama seperti guru sekolahnya. Belum pernah rasanya si anak dirundung duka seperti itu. Dia merasakan dirinya bersendirian di dunia ini. Tak ada seorang pun yang mahu menyokong keputusanya untuk memakai tudung. Akhirnya dia memutuskan untuk menggunakan jalan terakhir. Dia berkata kepada kedua orang tuanya: “Ayah dan Ibu yang saya cintai, saya tetap akan memakai tudung ini. Kalau tidak diizinkan juga saya akan mengantung diri…!!” Sejenak suasana dirumah keluarga itu menjadi hening. Ketegangan mencapai puncaknya dalam keluarga itu. Akhirnya sambil menghela nafas panjang, si ayah berkata dengan nada geramnya…: “Najib, Najib! Kalau kamu anak perempuan terserah kamu. Kamu ini anak laki-laki mana ada budak lelaki memakai tudung? Memang kamu ini anak yang tak waras !!

No comments:

Post a Comment